Cara Mandi Wajib
Tuesday 9 July 2013 | 0 comment(s)

Cara mandi wajib yang sah masih sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam antaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Sebab anda perlu Mandi Wajib

  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak.

Rukun Mandi Wajib

(cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)
  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib

1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Bahasa Arab


Sunat Ketika Mandi Wajib

  • mengadap kiblat
  • membaca basmalah
  • membasuh dua tapak tangan
  • mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib

  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.



Remaja !!!~
Monday 8 July 2013 | 0 comment(s)
                           Zaman Remaja !



        Bila buke blog ni . Bace semua post2 kat dalam blog ni. Teringat balik. Nerdnye aku. hahaha. Zerin mmg nerd dari sekoloh rendoh sampai la form 2. Naik form 3 mgkin matured sikit la.. hahahaha. Matured tu ade la sikit. Bising tu yang banyak. ngeh2 . Hahahahahaha. Bosan la . Bila masuk usie remaje. banyok la halangan2 dalam hidup. Zerin? Halangan terbesor= M A L A S. hahaha. Malas betol la zerin ni. malas blajor , malas mari sekolah, malas tu , malas ni. semue malas. ngeh2. 

      Sekarang selalu kuor dengan kawan2. Tempat paling famous kat terengganu . McDonald. Olloh. Bile sebut McD ni. Semue orang kate. " Tempat HotKetah Berkumpul" Ngeh2. Tapi zerin dan kawan2 bukan gitu. kiteorang biase je. Setiap kali hang. mesti karoke. Hmm. Mmg la suare xsdap. Ikut suka. Bayor Broo!!. hahahaha. Hak menyanyi Hak Kami. <--- Kepale Hotak Kamu -,-

      Remaja dan kapel memang xboleh dipisahkan kan ? Hehe. Ramai remaja sekarang terjebak dalam Kapel ni. Antaranya. zerin jugop . ngeh2. hahaha. Siti Nur Alia Natasya binti Suhaimi name diye. hehe. Sayang sangat2. haha. Bia la nk luga pom. zerin sayang diye. ngeh2. hahaha. 

     Zerin yang sekarang bukan zerin yang dulu :P hahaha, zerin yang sekarang Bising selalu. hehe. Kawan2 banyak memberi pengaruh kepada zerin. Biase la. bile kate pengaruh rakan sebaye. Ade yang bg pengaruh baik. Ade yang bg pengaruh x baik. Zerin ? Ramai yang bg pengaruh baik. Macam Hanis Hazman (Bff) . sebab hanis zerin dah minat nak main futsal. bile orang ajok main futsal. laju je kate oke. tapi kite baru nak blajor main futsal ni. Orang lain dah lame main, semue dah pandai2. Bile bawak bola. Fuhh. xleh nak kate. ngeh2. hahaha

   Banyok pulok "Ngeh2". ahahhaa. Oke la tu. Lame dah xupdate blog ni. Hmm. xpandai pun nak buat entry ni. Tulis je ape yang ade dalam kepale. Oke la. Last skali.Hari rabu ni dah nak puase. Selamat Berpuase kepada semue umat islam didunia. Semoga kite dapat berpuase dengan baik dan paling penting! Puase Penuh oke ? ngeh2. hahahhaa. Sape ponteng dengan sengaje sile terjun daripada tingkat 10 oke ? Ngeh. 

Bye2 *lambai tangan. Cerie selalu, Hati senang. Senyum selalu, Jangan Bengang2.Dah kire hah !!! Klakor dk klakor aq punye entry ni. korang xpuase hati. Inbox la saye. hahahahahah !